Saturday, April 30, 2011

segalanya adalah takdir

takdir merupakan sesuatu yang agk misteri. ia tidak diketahui oleh mana-mana insan di dunia. begitu juga aku. segala yang terjadi kepada diriku ini tak pernah aku ketahui. tidak pernah ada seorang insan yang memberitahu aku apa yang akan aku tempuhi hari itu. namun, itulah takdir. misteri tetap misteri.
aku tak tahu kenapa ini yang terjadi. kenapa mesti aku yang menjadi mangsa hinaan kau? aku tak pernah meyakiti atau mengganggu hidup kau. tapi kenapa kau menjadi pengganggu hidupku? kau menjadikan hidupku yang ceria kini menjadi gelap. walaupun ramai melihat aku ketawa, bergurau tapi adakah mereka tahu apa yang aku rasa? tahukah mereka bahawa aku menderita? aku tak pernah diminta untuk lahir di dunia ini tapi aku bersyukur kerana tlah diberi peluang untuk bernafas di bumiNYA. panas yang kusangka kepetang rupanya hujan di tengah hari.
hmmm.... apa yang aku perlu katakan? inilah takdir. aku sebagai insan kerdil hanya mampu untuk menerima semua yang ditakdirkan untukku. semoga masih ada sinar kebahagiaan untukku dan dia tidak lagi mengganggu hidupku. pergilah kau dari hidupku. aku tidak mahu terus-terusan menangis setiap kali patah katamu didengari oleh gegendang telingaku. aku mahu terus hidup tanpa gangguan sesiapa. aku mahu hidup disisi insan-insan yang menyayangi diriku. aku mahu hidup dengan keluarga dan rakan-rakanku, EMITED.
-EMITED always in my heart- aku mahu terus bersama EMITED. aku mahu hidupku dimulai dengan EMITED dan juga diakhiri EMITED.

Saturday, April 9, 2011

Who I love...

 
 my maksu (hawa)
 this is my parents (suriyati & khalib)
 my cousin (aina)
 auntie & uncle (wani & musa)
 my grandmother (rose)
my grandfather (yahaya)
Sebuah keluarga yang sempurna diimpikan setiap insan di muka bumi ini. begitu juga aku. tanpa kehadiran insan-insan yang bernama keluarga, kehidupan kita akan terasa kosong dan penuh dengan pelbagai perasaan yang tidak menyenangkan. aku sebagai seorang insan yang punya keluarga, bertuah kerana ada keluarga yang memahami dan selalu berada di samping aku tak kira susah mahupun senang. pergaduhan dan perpisahan perkara yang selalu terjadi tidak kira pada siapa. pergaduhan dan perpisahan terjadi untuk menguji kesabaran dan kecekalan hidup sebagai seorang insan. kadangkala, ada yang mengeluh apabila ujian dalam kehidupan melanda. tapi kita harus sedar bahawa apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Aku ada sebuah keluarga-tak terlalu besar mahupun kecil. tapi aku rasa bersyukur berada ditengah keluarga ini. menjadi cucu dan anak sulung merupakan penghargaan buat aku. aku tak pernah minta untuk menjadi itu tapi aku bersyukur. bayangkanlah insan-insan yang tak punya keluarga di luar sana. hidup sendirian tanpa sokongan dan kasih sayang dari keluarga. sungguh menyentuh perasaan.

Aku nak cerita pasal keluarga aku. aku anak tunggal. ibu aku anak sulung daripada 5 orang adik-beradik. ayah aku pulak ada 8 orang adik-beradik. dia anak yang ke2. dalm keluarga ibu, aku cucu yang sulung. aku selalu balik kampung jumpa atuk dan nenek memandangkan rumah aku dekat dengan kampung. kadang-kadang sebulan sekali.
Makngah aku duduk dekat Seremban. dia jarang balik sebab pakngah aku kerja. tapi, dia selalu telefon tanya khabar atuk dengan nenek aku. makngah aku ada 4 orang anak. 2 lelaki, 2 perempuan. anak dia yang sulung perempuan-2 tahun muda dari aku. kedua perempuan, ketiga dan yang bongsu lelaki.
Sekarang kita beralih pada paklang aku pulak. dia polis-duduk kat Sabah. anak dia dah 4 orang jugak. dia pun jarang balik. ye lah... duduk kat Sabah-susah nak balik semenanjung. tiket flight sekarang mahal. nak balik setahun sekali pun susah. inikan pulak sebulan sekali.
Adik ibu aku yang ketiga lelaki. dia kerja kat Kelantan. kahwin pun dengan orang Kelantan. baru setahun kahwin-dah ada seorang anak perempuan. sekarang pakteh aku duduk dengan nenek aku. ibu aku kata pakteh aku berhenti kerja. dia nak kerja kat N9. dekat sikit. baguslah-senang nak jenguk nenek dengan atuk aku.
Dan  yang terakhir pasal maksu aku. dia bujang lagi. umur baru 22 tahun. dia tinggal dengan nenek aku. otak dia sama macam aku. nakal dan suka nengusik orang. dialah mentor aku. sebab tu aku sekarang suka mengusik orang-walaupun tak berapa bagus. aku kena belajar lagi.
Okeylah. sampai disini sahaja. lain kali aku akan cerita pasal kawan-kawan aku pulak.

'Never say never'...