Saturday, April 30, 2011

segalanya adalah takdir

takdir merupakan sesuatu yang agk misteri. ia tidak diketahui oleh mana-mana insan di dunia. begitu juga aku. segala yang terjadi kepada diriku ini tak pernah aku ketahui. tidak pernah ada seorang insan yang memberitahu aku apa yang akan aku tempuhi hari itu. namun, itulah takdir. misteri tetap misteri.
aku tak tahu kenapa ini yang terjadi. kenapa mesti aku yang menjadi mangsa hinaan kau? aku tak pernah meyakiti atau mengganggu hidup kau. tapi kenapa kau menjadi pengganggu hidupku? kau menjadikan hidupku yang ceria kini menjadi gelap. walaupun ramai melihat aku ketawa, bergurau tapi adakah mereka tahu apa yang aku rasa? tahukah mereka bahawa aku menderita? aku tak pernah diminta untuk lahir di dunia ini tapi aku bersyukur kerana tlah diberi peluang untuk bernafas di bumiNYA. panas yang kusangka kepetang rupanya hujan di tengah hari.
hmmm.... apa yang aku perlu katakan? inilah takdir. aku sebagai insan kerdil hanya mampu untuk menerima semua yang ditakdirkan untukku. semoga masih ada sinar kebahagiaan untukku dan dia tidak lagi mengganggu hidupku. pergilah kau dari hidupku. aku tidak mahu terus-terusan menangis setiap kali patah katamu didengari oleh gegendang telingaku. aku mahu terus hidup tanpa gangguan sesiapa. aku mahu hidup disisi insan-insan yang menyayangi diriku. aku mahu hidup dengan keluarga dan rakan-rakanku, EMITED.
-EMITED always in my heart- aku mahu terus bersama EMITED. aku mahu hidupku dimulai dengan EMITED dan juga diakhiri EMITED.

No comments:

Post a Comment